Search This Blog

Sunday, June 27, 2010

KENDURI KAWIN KT LABIS, JOHOR_25 & 26 hb 6 2010









Hari ni kawan kat temapt keje ajak aku teman dia p kenduri kawin kawan dia kat labis. erm, aku mmg teruja nk tgk kenduri kawin kat tempat org ni, nk gak tgk kelainan adat mereka. so kat cni aku nk cerita la ckit..malam sebelum keesokkan akad nikah ada berzanji, khatam quran n majlis berinai. lepas majlis tu, pengantin perempuan akan mengenakan beberapa persalinan seperti baju kimono, sari, baju cina n kebaya n ada sesi bgambar la. jarang aku tgk kat tempat aku. bagi aku ni satu kelainan. oh ya, pada malam tu, banyak rama-rama bterbangan. tetiba ada seekor rama2 putih hinggap kat kain aku, pelik gak..nampak jinak. lama rama2 tu bsantai kat aku..lepas tu terbang..lepas tu datang balik then betul2 atas sila aku..pelik betul rama2 ni..aku sentuh pun xlari..so aku pun take picture la..hahaha.erm balik pada cerita pasal kenduri ni, lepas majlis selesai malam tu, ada la jamuan makan utk tetamu pada mlm tu seperti nasi putih, sup tulang, ayam masak kicap, sayur2an, pastu ada mihun soto..selepas selesai tetamu pulang, aku bantu2 la menyiapkan hantaran yang blm siap, juz gam n deco2 je.
keesokkan harinye, dalam kul 10 pagi diadakan majlis akad nikah, hidangan pada hari ini agak pelik jugak..salah satunye ayam masak dalam tempayan, lauk2 lain aku xtau nama apa, tp sempat gak aku take picture..oh ya, sedara mara n sahabat belah perempuan akan dipakaikan ROZEK. pada rozek tu diletaknya duit...pelik la. kawan aku cakap kat johor mmg mcmni..hehehe..satu kelainan bagi aku..agak meriah juga. erm satu lagi semasa pengantin lelaki datang, kene bayar TOL.