Search This Blog

Friday, December 18, 2009

MEMORI SILAM (OTAI APITI 2/2007)


Salam buat kekawan semua..ni aku nk citer ckit tentang geng aku masa study kt APITI nibong tebal. Otai geng ni terdiri drpd ALONG(aku), WANIE, ROSZ, NINA & IDA. Kami berlima ni kira otai la kt sana. KAMI berlima ni kira famous la dikalangan lecturer cos MULTIMEDIA INTERAKTIF. apa2 je, mesti kitaorg yg 1st dapat tau..termasuk la soalan2 exam..oppt!!ehhehehe. tapi kenangan paling xdapat aku lupakan adalah..jem!jem!jem! apa ek?hehhehe..last SEM, gara2 geng aku punye kerja level 1 kene tutup karan coz main mercun n tkena kaki lecturer serta mengakibatkan bunyi bising tahap gaban...wouuu...hebat x geng2 aku. erm, apa lg waden asrama EN.SUHAIMI mengamuk la..tp yg paling best kitaorg lari macam lipas kudung...laju giler beb, terus masuk bilik sembunyi..semua xnk ngaku..actually sebelum benda ni nk jadi, aku mmg dpt rasakan sesuatu akan blaku, tu la sebb aku dah standby kt level 1..yg len stay kt bawah..hehehe..firasat punya pasal la..aku bjaya melarikan diri..wahhh!!alhmdulillah la..erm keesokkn hari heboh la pasal ni, dah la esk tu last day kt APITI..sampaikan lecturer yg rapat ngn kitaorg xpercaya SEM 3 multimedia buat hal. tapi nk wat gena, nasi dah jadi bubur...terima je la..tu la kenangan yang xdpt aku lupakan.hahhaha.




"SALAM MAAL HIJRAH 1431H"

Moga persaudaraan & persahabatan kekal abadi, hidup lebih d berkati, amal sentiasa d perbaiki & rezeki sentiasa d limpahi n d berkati. kenanglah aku d setiap denyut nadimu.
*Wishing u 12 months of SAKINAH, 52 works of BARAKAH, 365 days of IMAN, 8760 hours of GOOD IBADAH, 525600 minutes of RAHMAH & 31536000 seconds of TAQWA.

Sunday, December 13, 2009

Ada Orang Sayang Awak...


1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda. .... .. ..

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara. .... .. ..

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda. .... .. ..

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda..... .. ..

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur..... .. ..

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang..... .. ..

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia..... .. ..

8. Anda seorang yang istimewa dan unik..... .. ..

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda..... .. ..

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya..... .. ..

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka..... .. ..

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya..... .. ..

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela..... .. ..

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya..... .. ..

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. walaupn punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga..... .. ..

Saturday, December 12, 2009

AL-FATIHAH

salam semua,
semua paper hari ni, tajuk besar 3 JAM JADI PENGANTIN. kesian kan br je 3 jam akad nikah, suaminya menghadap illahi. malang tidak berbau, aku harap isterinya tabah menghadapi suratan takdir ini. Al- Fatihah utk mangsa kemalangan tersebut..semoga roh mereka di cucuri rahmat dan di tempatkan dalam golongan org2 beriman..Amin ya robbilalamin. TAKZIAH.

Friday, December 11, 2009

LOCUM

aduhai...penat tol ari ni, dah la semalan p seminar kt hotel, lewat malam blik. tut..tut..ari ni Dr. Reza sms suruh p locum kat Klinik Sakit Puan. awal2 lagi kene siap, penat semalam masih blum hilang..tapi best gak walaupun hari ni pesakit ramai tp berbaloi juga aku blajaq ttg perubatan sakit puan.erm, masa aku bantu doktor check pesakit, 1st time tgk live ultrasound baby. lucu gak tengok baby yang bergerak2 kt dalam perut..hehehhe. tp ada gak td 2 3 org pesakit yang baby dia dah gugur dalam perut, innalilla...kesian plak, tapi nk buat macamana dah suratan takdir.

Thursday, December 10, 2009

Nurkilanku

Cerpen: Tersurat Untukku

JAN 01 08 12.01am
Selamat tinggal 2007. Hiiii…..erm, azam tahun lepas aku forward ke tahun ni lagi. Nak capai impian aku yang masih belum terlaksana. Huhuuu….bila la, akan tercapai. Tak pe, tahun ni kene keje lebih keras lagi maklumlah baru je dinaikkan pangkat. Menabung banyak-banyak…hehehhe, harap-harap aku boleh save bajet tahun ni.

FEB 1 08 6.00am
Erm…nape la ari ni aku rasa lain macam je. Salah makan ke semalam? Berat sangat kepala ni., macam nak pecah je. MC aje la ari ni, tapi aku baru je dinaikkan pangkat, nanti apa plak kata pekerja bawahan aku. Alah…baik aku telan PCM dulu, klu melarat, balik keje nanti aku pergi hospital.

FEB 15 08 7.30am
Aduh!! Nape la, dua tiga hari ni…berat kepala je. Takkan aku nak telan PCM hari-hari. Macamana pun ari ni aku kene pegi hospital gak. Baik call Aisha dulu, comfirm yang ari ni aku takde ape-ape appointment.

MAC 1 08 12.01am
Hepi besday to me..hiiiii ari ni genap usiaku 27 tahun. Erm, harap-harap aku di murahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dilindungiNya dalam apa jua perkara yang aku lakukan. Dan aku bersyukur padaNya yang aku masih boleh bernyawa lagi. Amin..
Tido awal la malam ni, tak payah menulis. Lagipun petang esok aku nk kuar ngan Tasha. Dah lama tak jumpe Tasha, camner la dia sekarang ni. Last jumpe dia masa hari perkahwinannya tahun lepas. Wah! tak sabar nak jumpe…..windu sangat.

MAC 1 08
Sedih, pilu…resah memikirkankan diri ini yang hanya di ibaratkan menghitung hari saja….memang hidup mati di tangan tuhan tapi alangkah sedihnya bila kita mengetahui ajal kita hampir tiba. Apalah nasibku ini, baru saja ingin meniti saat bahagia akhirnya akan berakhir dengan permergian yang tidak akan kembali. Mungkin inilah hadiah hari lahirku yang paling bermakna dalam hidupku. Huhuhuhuu….ajalku hampir tiba. Menangis air mata darah pun aku tetap akan menemui ajal yang telah di tetapkan olehNya. Pagi yang ceria akhirnya menjadi kelam bagiku apabila menerima panggilan telefon yang tidak dijangka-jangka.

‘Assalamualaikum, Cik Nia. Saya doctor Azrai, boleh awak datang ke hospital sekarang tak?’

Tetiba je hatiku berdebar-debar, takut untuk aku mengetahui keputusannya nanti. Walaupun hampir 2 minggu aku menunggu keputusan itu, tapi hatiku sentiasa resah kerana hanya dua berita yang akan aku terima iaitu berita baik atau buruk. Klu berita baik, ini bermakna aku akan dapat merealisasikan impianku tapi…..klu berita buruk, bermakna hancur semua impianku..Ya Allah, tabahkanlah hatiku ini. Ku tahu, Engkau tidak akan menguji umatMu jika ia tidak dapat memikulnya. Hari ini aku hanya berserah padaMu. CRV hitam ku pandu perlahan-lahan, membelah kesibukkan kota pagi. Kata-kata doctor Azrai tadi masih tergia-ia di telingaku,.

‘Saya harap awak tabah, keputusan test ari tu…menunjukkan awak ada kanser otak.’

Arghhhhh….hatiku memberontak. Lemah longlai seluruh tubuhku. Aku ibarat layang-layang yang terputus tali, tidak tahu ke mana arah yang harus aku singgah. Mengapa aku yang dipilihNya. Di saat aku ingin meniti impianku, aku akan jatuh tersungkur..rebah mencium bumiMu yang indah ini. Belum sempat aku menghayati dan mengecapi keindahan ciptaanMu, tiba-tiba aku akan dipanggilMu kembali. Di saat kutempuhi lorong yang berliku dalam mencari sinar yang akan menerangi kegelapanku, kegelapan juga yang akan kutempuhi dalam liku kehidupanku. Mengapa aku Ya Allah???

‘Kanser awak dah merebak ke seluruh sel, awak hanya ada 3 bulan saja.’

Lidahku kelu tak terkata. Apakah sudah suratan usiaku 27 tahun saja tersurat olehNya untuk aku wujud di muka bumi ini. Di duniaMu, dunia yang penuh pancaroba kehidupan yang perlu di tempuhi setiap mahklukMu.

‘Baik awak jalani kimoterapi…’

Buat apa nak jalani kimoterapi. Sedangkan aku hanya ada 3 bulan saja untuk hidup.
Ya, Allah..aku hanya berserah padaMu. Kau tabahkanlah hatiku ini. Begitu perit dan beratnya cubaanMu ke atasku. Aku terus memandu, memandu..memandu, entah ke mana destinasi harus ku tuju. Hanya airmata yang menjadi temanku disaat ini. Ya, hanya itu saja yang aku tahu…menangis, menangis dan terus menangis. Waktu ini ingin sekali aku memecut laju selajunya..biar aku tamatkan saja riwayatku.

Ish!! apa kau merepek ni, sepatutnya kau terima ketentuan ini..bisik satu suara halus dari dalam.

Astagfirullahaazi!! Ape yang telah aku fikirkan ni…nauzubillah…

Petang semakin melewati senja. aku memakirkan kenderaanku. Longlai aku mengatur langkah menuju ke persisiran pantai. Diriku ibarat tidak berpijak dibumi yang nyata, terasa diri ini di awangan melayang-layang bersama fikiran yang buntu.
Aku melabuhkan diriku di atas seketul batu. Ku lemparkan pandangan jauh nun di lautan yang luas. Dulu akulah penunggu setia laut, bila ada masalah je aku datang meluahkan kepadamu,,.bagiku lautlah tempatku untuk mengadu. Kerna laut tak pernah menipu, laut menjadi pendengar yang setia..aku luahkan segalanya, dan laut membawa pergi luahanku bersama ombak yang memukul badai. Tapi peristiwa aku hampir lemas, 15 tahun lalu menyebabkan aku fobia pada laut, kerna sikapku yang suka merajuk akhirnya aku hampir lemas sewaktu usiaku 12 tahun. Nasib baik sepasang suami isteri berbangsa India ternampak aku. Klu tidak, aku dah mati lemas. Waktu tu aku betul-betul panic, tak tau nak buat apa. Pelampun yang ku guna pun tak dapat menyelamatkanku bila ombak besar menerpa ke arahku. Tapi Allah tu maha berkuasa, aku dapat di selamatkan. Sejak itu aku benci laut, selalunya laut menjadi pendengar setiaku, membawa pergi masalahku tapi hari itu aku yang akan di bawanya. Hari ini, aku kembali…kembali menjejakimu semula kerna aku tidak tahu ke mana harus aku melabuhkan diri. Airmataku mengalir membasahi pipi, segala-galanya masih bermain di kotak fikiranku. Nun jauh di sana senja akan melabuhkan tirainya…sungguh indah permandangan di waktu senja. Tetapi semua ini hanyalah keindahan sementara bagi insan di dunia ini, termasuklah aku. Alam yang membalut mimpi, dulu melukis nyanyian dihati hanya tinggal kenangan sahaja. Belum sempat aku meneruskan pelayaran, aku akan karam jua di tengah-tengah lautan. Selamat tinggal segala-galanya itu aje yang dapatku luahkan.


Kubentangkan tikar sejadah, pagi yang sunyi ini aku ingin bermunajat mengabdikan diri kepadaNya kerna ketenangan diri datang bila kita mengingatiNya. Usai solat, aku menadah tangan memohon kepadaNya.

‘Ya Allah, disepertiga malam ini aku mengabdikan diriku padaMu. Ku tahu aku hanyalah insan kerdil di sisiMu. Kupasrah dengan qadar dan qada’ yang Engkau tentukan padaku. Kumohon ketenangan diri dariMu kerna ujianMu kepadaku begitu berat untuk aku jalani. Di saat ini hanya padaMu tempat ku mengadu. . Ku akui kelemahan diri, ku insafi kejahilan diri ini kerna ku tahu, aku hambaMu yang ihlaf, yang banyak dosa tapi berilah kesempatan dalam hidupku ini untuk aku merasai bahagia di dunia ciptaanMu dan dalam dunia ciptaanku sendiri. Aku mohon padaMu, ampunilah segala dosaku. Kau lindungilah insan-insan (keluarga dan sahabatku) kusayangi yang hadir menceriakanku dan menyinari hidupku, dan semoga sisa-sisa hidupku yang singkat ini dapatku abadikan bersama-sama kenangan. Amin….’

Aku memandang lesu ke luar jendela, hujan renyai-renyai membasahi bumi mulai berhenti. Suasana selepas hujan sungguh menyegarkan. Tumbuh-tumbuhan bagaikan tersenyum riang. Angin dinihari sepoi-sepoi bahasa meniup, sejuknya hingga menusuk ke tulangku. Selama ini aku yang sentiasa menjadi pendengar untuk menyelesaikan masalah orang lain. Tapi, masalah aku sendiri tak dapat aku selesaikan dan hanya padaNya aku berserah. Laptop di atas katil, ku pandang lesu. Masih sempatkah untuk aku menyiapkan novel yang akan menjadi novel terakhir ku ini? soalku sendirian. 3 bulan tidaklah lama bagi aku yang menghitung hari. Pejam celik, pejam celik masa akan berlalu…begitu juga diriku yang akan lena buat selama-lamanya. Aku mesti siapkannya sebagai kenangan untukku tinggalkan dalam bidang penulisan. Itu nekadku!!

Mentari pagi menjelma menyinari alam. Aku bersiap-siap untuk ke pejabat. Surat perletakkan jawatan ku renung. Hari ini aku nekad untuk meletakkan jawatanku dan membawa diri suatu tempat yang ku rasakan sudah sampai masanya untuk aku menjejaki kaki ke rumahNya. Sebelum sampai ajalku, ingin ku dambakan kasihMu, kasih yang menjanjikan seribu ketenangan dan inginku titipkan segala kenangan di sana dan semoga Engkau menerima kehadiranku ini di sisiMu. Selepas menunaikan umrah aku akan terbang ke Beijing, itulah destinasi kedua impianku. Biarlah Tembok Besar China menjadi saksi segala-galnya. Aku ingin bebas seperti burung yang berterbangan sebelum hembusan terakhir nafasku. Kepada sahabat-sahabatku semua, walaupun singkat pertemuan ini aku redha kerna ia begitu bermakna dalam hidupku. Akan aku abadikan segala kenangan kita semua hingga ke nafas terakhirku. Izinkan aku mengundur diri membawa hati yang lara. Aku ingin mencari kedamaian yang hanya sedikit saje yang dapat aku kecapi. Maafkan daku….
Selamat tinggal semua kenangan, selamat tinggal dunia penulisan dan selamat tinggal dunia ciptaanku sendiri. Aku akan berpijak di bumi yang nyata dan kembali kepadaNya. Andainya aku punyai waktu, masih ku ingin mengulangi semula saat indah bersama kamu semua.tapi sayang aku tidak berkesempatan. Abadikan saja salam ku di ingatan, salam terakhir ku hulurkan semoga kita semua berjiran di syurga Allah..InsyaAllah.

-Aku menulis bukan kerna nama-
(nieza wanieza)
April 2008

Syukur Alhamdulillah...

actually dah lama aku nunggu surat kemasukan ke CIAST sampai hari2 aku nunggu abang posmen. Ahaks2 jangan salah faham, aku nunggu surat jawapan la..hehheehe. Last2 aku give up, x ada pun surat untuk aku. Ari ni aku sorang je kat umah, tetiba posmen datang, selalunya aku p ambil surat. Ni aku biaq je surat tu kat box, dalam hati aku cakap 'ala, bukan surat aku pun, biaq p ah'. Tetiba adik aku balik, dia panggil aku sambil kat tangan dia pegang surat. Dia datang peluk aku, cakap tahniah kat aku. Aku yang samar2 ni, tanya ada pe? Dia cakap aku dapat tawaran masuk CIAST. Alhamdulillah, aku mengucap syukur ke hadrat ilahi, xsangka doaku dimakbulkan..syukur sgt2, aku mengerjakan sunat syukur..mensyukuri apa yang Allah kurniakan pada ku...Amin Ya Robbalalamin.

Wednesday, December 9, 2009

Bidadari

Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukannya diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula dijadikan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu, adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pada sang kumbang? Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian. Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagar berduri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.
Adikku,
Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri. Kau tidak layak lagi di mahkotakan sebagai si mawar berduri. Sesungguhnya Utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu, ’Tidak ada fitnah yang lebih besar
setelah wafatku selain fitnah yang berpunca daripada wanita.’ Adakah kau mahu menjadi penyebab terhumbannya lelaki ke neraka?
Ingatlah duhai adikku sayang,
Ingatlah bahawa ciri – ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutp itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang dijanjikan Allah buatmu. Indahnya hidup ini andai anda melayarinya dengan bernaungkan keredhaan Allah, bertunjang ilmu dan kebenaran,bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya wanita solehah menjadi idaman setiap insan soleh bernama Adam. ’Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik...’